Kepentingan Perindustrian
- Peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
- Dapat mengeluarkan pelbagai jenis barangan keperluan penduduk untuk gantikan barangan import.
- Galakkan pertumbuhan kegiatan pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan - sumber bahan mentah industri.
- Kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan.
- Dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara supaya tak terlalu bergantung kepada eksport seperti getah, kelapa sawit, bijih timah dan kayu-kayan.
- Hasil eksport barangan kilang dapat tambah hasil pendapatan negara sumber pertukaran wang asing.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Industri Di Malaysia
Modal
- Kilang sesuai didirikan di bandar-bandar besar yang banyak kemudahan perbankan, institusi kewangan - dapat keluarkan modal kepada pengusaha (perlukan modal)
Sumber tenaga (air sungai)
- Dengan tujuan untuk menggerakkan jentera-jentera di kilang.
- Kawasan perindustrian perlu didirikan di kawasan yang mempunyai bekalan tenaga elektrik yang murah dan men-cukupi (tenaga elektrik dan bekalan air)
Banyak kemudahan asas
- Perhubungan dan pengang-kutan, kawasan dan tapak bersesuaian hampir dengan bahan mentah serta kemudahan lain (bank dsbnya).
Bekalan bahan mentah
- Banyak, mudah didapati dan mencukupi.
Pasaran
- Meluas dn permintaan yang banyak, sama ada dalam atau luar negeri.
Dasar kerajaan
- Amalkan berbagai dasar insentif untuk galakkan pelabur asing datang melabor dengan cara kenakan sewa / cukai tanah yang murah dan pengecualian cukai ke atas barangan yang dihasilkan.
- Wujudkan Zon Perdagangan Bebas Cukai untuk tarik pengusaha dirikan kilang. Antaranya :
a.
Zon
Perdagangan Bebas Cukai Bayan Lepas.
b.
Zon Perdagangan Bebas Cukai Sungai Way.
c.
Zon
Perdagangan Bebas Cukai Pasir Gudang
- Tubuhkan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dengan tujuan untuk beri maklumat dan khidmat nasihat kepada pengusaha.
Tenaga buruh
- Kawasan berpenduduk padat akan membekalkan tenaga buruh yang murah dan mudah didapati - mahir / separuh mahir.
Sistem pengangkutan
- Kemudahan perhubungan dan pengangkutan darat, udara dan air untuk penghantaran bahan mentah, barangan kilang yang siap, tenaga buruh, urusan import dan eksport barangan atau sistem telekomunikasi yang memudahkan perhubungan antara pembekal-pengedar.
Galakan Dan Peranan Kerajaan
- Sediakan tapak / kawasan perindustrian yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, perhubungan dan pengangkutan, kemudahan elektrik dsbnya.
- Sediakan kemudahan pinjaman modal melalui bank dan sumber-sumber lain (Bank Perdagangan dan MARA).
- Menekankan kepentingan mata pelajaran teknikal dan vokasional untuk melatih pekerja mahir.
- Menubuhkan MIDA (Lembaga Kemajuan Perindustrian) untuk bantu pelabur tempatan dan luar negeri - khidmat nasihat, maklumat dan dorongan.
- Memberikan perlindungan tarif perintis kepada jenis-jenis industri baru (beri galakan seperti pengecualian cukai dan pinjaman untuk jangka masa tertentu).
- Mewujudkan zon perdagangan bebas cukai untuk tarik pelaburan dan industri berteknologi tinggi dari negara-negara maju yang lain. Zon perdagangan bebas yang ada di Malaysia terletak di Sungai Way, Bayan Lepas dan Pasir Gudang. Kilang-kilang di kawasan ini diberikan beberapa keistimewaan seperti insentif cukai, kemudahan kredit serta pengecualian cukai eksport dan import.
- SIRIM ditubuhkan dengan tujuan menjamin mutu keluaran hasil pengeluaran kilang dan jalankan penyelidikan untuk tingkatkan mutu barangan.
- Berikan bantuan kewangan melalui Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia (MIDF) dan HICOM untuk memajuka industri berat (mmbuat kereta dll).
- Malaysia Industrial Estates Limited (MIEL) sediakan bangunan-bangunan untuk disewa / jual kepada pengusaha-pengusaha kilang.
No comments:
Post a Comment