Asal Usul Nama Melaka



Asal Usul Nama Melaka
Pada awal abad ke-15, seorang putera raja yang bernama Parameswara dari Palembang Timur Sumatera telah melarikan diri dengan pengikutnya ke Temasik kerana untuk mengelakkan penyerangan daripada kerajaan Majapahit.
Parameswara



Pada masa itu, Temasik di bawah naungan Siam.  Memandangkan kedudukan Temasik yang strategik, Parameswara telah mendirikan kerajaan sendiri dan memerintah Temasik.

Tindakan ini telah menyebabkan kerajaan Siam berasa tidak puas hati dan telah melancarkan serangan terhadap Parameswara.

Parameswara dan pengikutnya melarikan diri ke Muar dan hinggap di sana , tetapi telah diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyak menyebabkan Paramewara dan pengikutnya berpindah ke tempat lain dan mendirikan kubu pertahanan di sini. Tetapi kubu pertahanan yang telah didirikan pada waktu pagi akan tiba-tiba mengalami keruntuhan pada waktu malam.  Sampai hari ini, tempat tersebut masih bergelaran ' Kota Buruk '.

Kota Buruh

Parameswara telah berpindah ke Sening Ujong, beliau berasa kedudukan tempat ini amat baik dan melatih seorang menteri berada di sana untuk mewakili dirinya dan beliau meneruskan perjalanan sehingga ke Sungai Bertam.

Semasa berada di Sungai Bertam dan berehat di bawah sepohon pokok, Parameswara telah melihat peristiwa tentang seekor pelanduk telah dikejar oleh anjing pemburuan Parameswara di tepi sungai , pelanduk yang bijak itu telah menendang anjingnya ke dalam sungai.  Parameswara berasa kagum terhadap kegagahan pelanduk dan membua keputusan untuk mendiri kerajaan di sini.  Sedangkan Parameswara berfikir menamakan tempat ini, beliau ternampak pokok yang sedang diteduhnya tumbuh dengan besar dan subur.  Selepas menanya pengikutnya tentang nama pokok tersebut, beliau menamakan tempat ini sebagai ' Melaka '.
Pokok Melaka





1 comment:

  1. mengimbas kembali asal usul nama Melaka,sesuai digunakan untuk bercerita kepada pelajar.

    ReplyDelete