Bentuk Muka Bumi




A Tanah Tinggi
Tanah Tinggi



Terbentuk daripada gunung lipat tua.
Stabil kerana tiada kejadian gempa bumi.
Terbentuk daripada batu granit dan batu kapur.
Terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak
Paling luas di utara dan menganjur serta meruncing ke arah selatan.

Tanah tinggi utama di Malaysia ialah :
Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Bintang
Menjadi legeh bagi sungai Perak dan sungai Kinta
Banjaran yang terpanjang di Semenanjung Malaysia
Menjadi tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia
Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Korbu (2182 m)
Penting sebai tapak bina stesen hidroelektrik
Mempunyai pusat peranginan seperti Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron.
3. Banjaran Tahan
Banjaran yang tertinggi di Semenanjung Malaysia
Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Tahan (2190 m)
4. Banjaran Crocker
Banjaran tertinggi di Sabah
Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Kinabalu



B. Tanah Pamah
Tanah Pamah


-Bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia, jaluran tanah pamahnya adalah lebih luas dan panjang.
-Kawasan ini berpenduduk padat dan diliputi oleh tanah aluvium yang subur.
-Terdapat tanah pamah di kawasan lembah sungai seperti di lembah-lembah sungai seperti di lembah Sungai Perak, Sungai Bernam, dan Sungai muar.
-Di bahagian hilir sungai, terdapat dataran, iaitu kawasan rendah yang lebih luas seperti di Dataran Kedah. Dataran Perlis, Dataran Hilir Sungai Perak, -Dataran Pinggir Laut Selangor, dan Tanah Rendah Beralun-alun Selatan.
-Di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia pula, jaluran tanah pamahnya adalah terputus-putus, sempit, dan berpasir.
-Contohnya, kawasan tanah pamah seperti di lembah Sungai Pahang, lembah Sungai Kelantan, lembah Sungai Terengganu, Dataran Kelantan, Dataran Terengganu, dan Dataran Pahang.
-Di bahagian pantai timur Sabah, jaluran tanah pamah adalah lebih lebar berbanding pantai baratnya, tetapi sebahagianbesarnya adalah berpaya.
-Dataran lebih luas yang terdapat di hilir Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama.
-Dataran Pantai Barat Sabah adalah sempit dan terputus-putus kerana -Bnajaran Crocker menganjur hampir dekat dengan laut.
-Kawasan tanah pamah di Sarawak adalah lebih panjang.
-Contohnya, terdapat di Dataran Baram, Dataran Pantai Barat Sarawak, dan Delta Rajang.






c. Pinggir Laut

Pinggir Laut


-Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang dan pelbagai bentuk muka bumi seperti tebing tinggi, tanjung, teluk, pantai, pulau, dan pentas benua.
-Semua negeri mempunyai pinggir laut, kecuali Wilayah Persukutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
-Hakisan terhadap batu-batan yang curam di pinggir laut membentuk tebing tinggi.
-Hakisan terhadap batuan yang berselang-seli keras dan lembut membentuk teluk dan tanjung.
-Hakisan terhadap batuan lembut di bahagian tabing tinggi akan membentuk gua.
-Hakisan gua yang bertentangan akan membentuk gerbang laut.
-Hakisan berterusan terhadap gerbang laut akan membentuk batu tunggul dan seterusnya batu sisa.
-Proses pemendapan ombak membentuk pantai berpasir, anak tanjung, beting pasir, lagun, dan tombolo.




Kepentingan Kawasan Pinggir Laut Di Malaysia




Kepentingan Kawasan Tanah Tinggi di Malaysia

KEPENTINGAN
CONTOH
a) Pusat Pelancongan
- Suhu yang sederhana menarik pelancong datang ke Malaysia.
- Tanah Tinggi Cameron
b) Kawasan Tadahan Air
- menjadi kawasan tadahan air bagi sungai-sungai seperti Banjaran Titiwangsa.
c) Sumber Kayu Balak
- Diliputi oleh Hutan Hujan Tropika yang membekalkan kayu-kayu yang berharga seperti keruing dan Meranti
d) Pusat Jana Kuasa Hidroelektrik
- sesuai dijadikan tapak bina stesen hidro elektrik kerana banyak sungai yang beraliran deras
e) Kawasan Pertanian
- iklim yang sederhana menggalakkan penanaman tanaman hawa sederhana
 Kepentingan Kawasan Tanah Pamah di Malaysia

KEPENTINGAN
CONTOH
a) Kawasan Pertanian
- Diliputi tahih alluvium; penting untuk padi
- Bersaliran baik, sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit
b) Kawasan Perlombongan
- Timah alluvium banyak terdapat di lombong di Lembah Kinta
c) Tapak Petempatan
- Menjadi kawasan tumpuan penduduk seperti di Lembah Kelang
d) Kawasan Perindustrian
- Kebanyakan kilang-kilang dimajukan di kawasan tanah pamah seperti di Lembah Kelang
e) Jaringan Pengangkutan dan Perhubungan
- Tanah pamah memudahkan pembinaan 
 jaringan pengangkutan





No comments:

Post a Comment